Sunday, June 6, 2010

Tinggalkan anak-anak kecik sendirian di rumah???

Assalamualaikum bloggers, reader, teman-teman kraf dan juga sesiapa sahaja yang sudi singgah di blog ummi nih.

Okay hari ni entry mengenai anak-anak pula dalam kehidupan seharian. Percaya tak anda ada orang yang sanggup tinggalkan anak-anak yang berusia 10 tahun ke bawah sendirian dirumah bukan seminit, 2minit, 1/2 jam tapi berjam2 dan mungkin juga seharian..Tinggalkan anak bukan sebab perkara kecemasan melibatkan hidup dan mati tapi sebab kerja. Ummi rasa perkara ini ada berlaku dan sedang berlaku..Waktu ummi kerja dulu pun, ummi pernah dengar ada teman sepejabat yang tinggalkan anak-anak sendirian di rumah. Teman ini pula bukan orang2 bawahan, berpangkat pengurus kedua-duanya. Tapi waktu tu ummi tak amik kisah almaklumlah belum kahwin belum ada anak..So tak tahu bagaimana perasaannya ketika itu.

Tetapi setelah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata apabila kejadian yang sama berlaku dalam pusingan kehidupan seharian ummi, mulalah otak ini berfikir dan naluri keibuan mula memainkan peranan.

Mungkin ada juga yang berpendapat ummi terlalu mengongkong anak-anak manakan tidak ummi hanya benarkan anak-anak main di luar rumah jika ummi ada bersama. Anak-anak masih kecil berusia antara 2-6 tahun. Pada ummi anak-anak di usia begini belum cukup akal pemikiran dan pertimbangannya. Memandangkan anak-anak jarang bermain diluar pada hari-hari biasa jadi kami ibu-bapa akan beri peluang untuk anak-anak beriadah pada hari hujung minggu. Sangat takut dengan kejadian anak2 hilang sekarang bukan main jauh pun dekat area rumah jer.

Okay berbalik pada topik sebenar, mari kita kongsi pendapat ini bersama-sama, mengapa ibu-bapa sanggup meninggalkan anak-anak sendirian di rumah (remarks yer anak-anak yang berusia 10 tahun ke bawah ditinggalkan ibu-bapa yang mampu dari segi kewangan)...walaupun hakikatnya dia mampu membayar dengan wang ringgit untuk menghantar anaknya ke pusat jagaan...Mungkin antara sebabnya adalah kerana sayangkan duit..nak berjimat tapi duit itu lebih berharga dari nyawa anak-anak ker???...Kita selalu pikir ahh tak mungkin akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku..Itu jika ditakdirkan tidak ada sesuatu yang berlaku, tapi jika ditakdirkan yang buruk itu berlaku...siapa yang harus dipersalahkan?? Ibu bapa? Jiran? Komuniti? Bila orang mula menyalahkan jiran dan komuniti maka terlepaslah ibu bapa itu tadi..Ibu bapa tidak dipersalahkan pada waktu itu kerana ibu bapa itu sedang dalam keadaan sedih dan dukacita. Jadi salahkan orang lain sedangkan hakikatnya tanggungjawab menjaga anak itu adalah tanggungjawab utama ibu bapa itu tadi ..

Pernah tak anda dengar tanggungjawab menjaga anak-anak menjadi tanggungjawab bersama kepada orang lain?? Pada pendapat ummi jika seseorang itu memainkan peranannya dalam sebuah komuniti jadi insya allah dia mungkin tidak akan diabaikan oleh komuniti itu. Tapi jika dia pun jenis yang tak amik port macam mana komuniti nak jaga dia..

Ummi rasa blogger2 yang kenal ummi tahu yang buat masa sekarang ummi tidak mempunyai kenderaan melainkan motor untuk ayah berulang alik ke opis. Ada sekali tu ummi cuba2 juga belajar nak tinggalkan anak2 (Umair dan Mous) bukan pergi jauh dekat jer sahaja nak uji. Tapi perasaan itu memang lain sekali. Semenjak dari itu ummi tak pernah tinggalkan anak-anak sendirian. Ummi tak pernah meninggalkan anak pada sesiapa hatta pada orang tua sekali pun buat masa inilah. Bila tinggalkan anak-anak macam2 perasaan bermain difikiran, macam mana kalo dia main elektrik, main barang tajam, main api ker, jatuh tangga, main detergent macam-macam lagilah. So atas perasaan inilah apa aktiviti yang memerlukan kami keluar dari rumah dan meninggalkan anak-anak sendirian kami abaikan..Kami bukanlah jenis yang mewah sangat dan kami juga bukan jenis yang suka menyusahkan orang hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Gambar ehsan google..


Ini kesimpulan yang ummi buat atas pendangan ummi sendiri, fikir banyak kali sebelum tinggalkan anak-anak kecil ini sendirian, jika mampu atau boleh bawa bersama ke mana-mana bawalah harta anda ini (anak-anak), jika anda fikir aahh jiran akukan ada, boleh dia tolong tengok...Sekali dua mungkin boleh tapi anda harus ingat jiran anda juga mungkin mempunyai tanggungjawab lain, jangan hanya kerana kesenangan anda seorang anda membebankan orang lain pula. Sesiapa yang terasa silalah fikir-fikirkan entry ummi ini, jangan bila yang buruk itu berlaku anda hanya tahu menyalahkan orang lain sedangkan sepatutnya anda yang patut dipersalahkan!!! Ada akta tau untuk tindakan begini :~ Punish parents for child neglect.

No comments:

Post a Comment