Assalamualaikum..
Entry ni ummi catatkan di dalam blog untuk rujukan ummi di masa akan datang dan juga untuk dikongsi dengan sesiapa yang mungkin tidak tahu atau perasan tentang perkara ini..
Suatu hari ummi dapat sms mengatakan yang GPRS ummi telah tamat tempoh so jika hendak menyambungkan perkhidmatan, reply balik msg tu dengan arahan2 tertentu..bermula dari tarikh ini ummi kehilangan duit top up secara misteri..
Ummi akan menerima salinan video setiap kali ummi menghantar top up kepada telefon ayah..ummi ingatkan mungkin perasaan ummi sahaja atau maybe ummi terlupa yang ummi maybe telah membuat panggilan ke mana-mana sebab itu credit telefon ummi cepat habis..biasanya sebulan ummi pakai tak sampai RM30 siap boleh kongsi lagi dengan ayah...tapi dalam dua bulan nih RM30 tak cukup...pelik...pelik..pelik..pikir lagi..
Salinan video yang ummi terima pula ummi tak pernah open file hanya tersimpan dlm inbox...so ummi terpikir kalo tak retrieve file takkanlah service nih nak deduct credit hp ummi...aaarghh tapi sangkaanku meleset..Pagi tadi ummi cuba view account my celcom ummi tapi malangnya tak boleh masuk lah pulak..
So ummi pun call customer services..akhirnya terbongkarlah misteri kehilangan credit ummi..Rupa-rupanya service2 sebeginilah yang telah menelan duit2 credit..Untuk kawan-kawan or anyone yang menggunakan service celcom..jika anda menerima sms2 untuk langganan perkhidmatan tertentu..apa yang anda boleh buat untuk menghentikan penghantaran sms sebegini ialah dengan menghantar sms baru kepada nombor2 ini dan taip STOP ALL dan hantar kepada nombor yang anda terima sms tadi..Alhamdulillah lega..dah dapat selesai misteri sekaligus masalah ini..
p/s : nak tukar password share credit with others send msg - CPWD_(password lama)_(password baru) send to 1019.. _ (tanda untuk space sahaja) ..esok lusa kalo ummi nak tukar password senang ummi refer entry kat sini jer..anyway this my online diary kan.. ^_^
No comments:
Post a Comment