Wednesday, June 2, 2010

Clutch Challenge and Flower Corsage.

Assalamualaikum,

Minggu lepas ummi dapat siapkan 2 items di atas, sling clutch dan juga flower corsage. Siapkan 2 items sebab nak pakai waktu pergi Tiara Bay, PD pada cuti 3 hari yg lepas. Ok citer pergi PD Insya Allah akan diupdate esok or lusalah yer.

Dah lama ummi cari di internet cara nak jahit clutch yang ada sling..untuk clutch tanpa sling atau handle senang nak jahit, tapi untuk yg ada sling nih tersangatlah mencabarnya untuk ummi yang amatur ni. Ummi gunakan pattern clutch kwik sew tapi maybe ummi slow sket so terpaksalah ikut diaper clutch tutorial pula utk cara jahitan..

Lepas nih kena fikir cara terbaik nak jahit sling pada clutch kalo nak save budget dengan tidak menggunakan D ring dan swivel. Kalau tak jumpa then kenalah pakai D ring, tapi sebenarnya kalo pakai D ring memang lebih cantik rasanya..

Sempena anniversary yang ke 7 my loving husband telah hadiahkan ummi sehelai seluar jeans. ummi dah lama tak pakai jean since kahwin so dah lama tak pakai rasa macam tak berapa selesa pula, tapi atas permintaan suami pakai jugalah. Hehehe maybe pakai sekali dua jer kot. Eh ummi bukan nak cerita pasal seluar tu tapi nak cerita apa yg ummi buat dgn lebihan kaki seluar yg telah dipotong. Lebihan tak banyak adalah dalam 5 inci tinggi jer. Pikir sama ada nak buat pouch or flower corsage. Memandangkan kain tak byk so ummi pun decided untuk buat flower corsage jer dan sesiapa yg interested boleh ikut tutorial nih yer http://kreatedbykelly.com/Tutorial_ReclaimedDenimFlower.html . Seronok membuatnya.



My first denim flower corsage. kalau ikut tutorial sepatutnya ada 6 layer tapi ummi buat 4 jer sebab 6 nampak mcm besar sgt. And dalam tutorial dia ada spray starch, supaya corsage nampak cantik keras terbentuk jer, tapi ummi skip step nih sebab takder starch spray tu and resultnya selepas pakai 2-3 kali corsage tu mcm bergulung ke tengah.


And presenting my humble sling clutch..ummi suka sling nih and since ummi pakai pattern Kwik Sew yg kecil, so muat2 jer utk isi my pouch and hp.




My first....

So utk ketinggian 163cm clutch tu ummi buat betul2 berada di bahagian pinggang, kalau utk ketinggian 160cm ke bawah maybe panjang sikit kot sling tu..Picture was taken by ayah at Casa Rachado Beach, Port Dickson, panas terik nih..

No comments:

Post a Comment