Thursday, January 21, 2010

Kek Coklat Kukus...

Assalamualaikum..

Ummi sekarang dalam proses menyiapkan tempahan dari Kak Linda lagi...kali ini beliau tempah untuk anak buah lelakinya pulak...Nak dapatkan inspirasi untuk design applique utk 5 pencil case ni pun amik masa selama 2 minggu....ummi suka bagi option pada customer ummi ( meaning draft few then customer pilih mana yang suka) and buat masa sekarang pun mostly design yang ummi buat takder yang serupa...tema sama tapi sure tak serupa melainkan customer sendiri yang request utk ikut design tertentu...

Eh tajuk kat atas citer pasal kek kan ...cam mana boleh cerita pasal pencil case plak...Dalam minggu ini Moustoffa moody sesangat nak pergi sekolah...nangis tak mo kuar dari kereta...mandi nangis...banyak lagilah drama nyer...I think my FB friends tahulah coz ummi selalu update status ummi kat sana...So pendek citer nak bagi dia happy sket ummi pun masak kek kukus kegemarannya today...dari start kek tu dikukus dia tanya kek tu dah masak belum ..tanya 2-3 minit sekali. Anak-anak....


So bolehlah cuba resepi nih kalo nak ...

Bahan2:-

250gm marjerin
250gm gula
250gm tepung
250gm air sejuk from fridge (ummi ganti ngan air coklat dutch lady kotak kecik jer)
70gm koko (ummi cuma guna 30gm jer sebab ummi dah substitute dgn air coklat so kalo suka rasa koko tu lebih tambahlah lebih. Resepi asal guna 70gm koko)
4 biji telur saiz sederhana.
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara2:-

1. Putar marjerin dgn gula sampai kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Bila dah sebati masukkan tepung yang sudah diayak dgn baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit.
3. Masukkan air coklat dan (serbuk koko yg ditapis atau ayak supaya tak berketul) sikit demi sedikit hingga habis dan putar lagi sampai semuanya sebati. (biasanya ummi masuk air separuh serbuk koko separuh dan putar perlahan...hati2 nanti terpercik)
4. Tuang bancuhan dalam acuan dan kukus selama 45min atau sehingga masak (ummi biasanya sediakan air kukusan waktu ummi sediakan bancuhan nih sebab bila nak kukus wap dalam tu dah betul2 panas and dia akan masak sekata.

Tips : Utk elakkan air menitis atas kek, tudung kukus tu bolehlah dibalut dgn kain. Isi air yang byk dlm bekas kukus utk cepat masak. Ummi pernah isi air separuh kek masak lebih lama dari 45 min.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment