Tuesday, January 26, 2010

Anak dan didikan...

Assalamualaikum...

Hari ni ummi nak kongsi satu isu yang berat sedikit dan isunya bercampur-campur...Dari isu anak-anak hinggalah ke isu sosial...

Cerita bermula dengan anak-anak ummi...2 minggu yang lepas setiap pagi bila kereta berhenti di depan pintu pagar sekolah Moustoffa akan mula menangis dan diikuti dengan Umair...Sesungguhnya ini adalah satu cabaran yang besar buat ummi...Berbagai cara psikologi ummi telah lakukan...Pujuk...Rewards...Macam-macam...tapi still menangis juga dan Umair dek kerana nak kan attention ummi pun sama menangis...

Ummi dan ayah bersabar untuk tempoh 2 minggu dan tengok keadaan tak berubah kami mengambil langkah yang lebih drastik - hukuman rotan..Tapi sebelum anak-anak ini dirotan kami dah bagi warning 3 kali tapi still takder perubahan..Akhirnya pada hari terakhir anak-anak ini menangis ayah telah membeli 2 batang rotan (sorang satu) dan hukuman pun dijalankan...Rotan secara mild bukan mendera yer... Nanti ada plak yang telepon talian NUR report pasal ummi ^_^. Alhamdulillah esok...lusa...dan hari berikutnya anak-anak ini pergi sekolah dengan riang gembira tanpa perlu ada deraian air mata setiap kali kereta berhenti depan sekolah...

Sebenarnya ummi pun dah berbincang dengan cikgu kenapa anak-anak ini menangis dan kami pun dah kenal pasti masalahnya...Mungkin Moustoffa menangis sebab waktu persekolahannya yang lebih panjang berbanding tahun sudah. Ini kerana ada kelas Iqra selepas sekolah..Kalau ikut hati ummi boleh stopkan kelas ini tapi ini ilmu akhirat...tak sanggup ummi nak korban ilmu akhirat hanya kerana tidak mahu melihat anak-anak menangis...Dan alhamdulillah dengan izin Allah berkat dirotan anak-anak ini tidak ada masalah hendak ke sekolah..sesungguhnya kata-kata Rasullah itu benar tentang mendidik anak-anak dan isteri menggunakan rotan...Islam ini indah...rotan pun bukan terus rotan kan...ader step-stepnya...Hatta menggantung rotan dalam rumah pun kita akan dapat pahala..

Ada juga parents yang tidak lansung merotan anak-anak .... hatta marah pun tidak walaupun kesalahan yang dilakukan teramatlah besar...alasan anak-anak masih kecil...kena guna psikologi...nanti dah besar anak-anak jadi macam ni macam tu...tapi kalau tak dilentur buluh dari rebung bagaimana kita nak mendidik anak-anak bila dah besar nanti...ada juga parents yang menggunakan approach psikologi Barat semata-mata...dan rotan itu seakan-akan taboo ... kesalahan anak-anak dibiarkan tanpa teguran tanpa didikan....sibuk menegur kesalahan orang lain dan sibuk mendidik anak-anak orang lain tapi anak sendiri terbiar....secara fizikal dan mental anak-anak ini nampak sihat tapi secara rohaniahnya anak-anak ini kosong...gah bercakap pasal teori tu teori ni tapi hakikat dan realitinya indah khabar dari rupa...ibarat tin kosong...sebab apa yang dikata tak dikota...Pulak tu approach barat yang dicedoknya bulat-bulat..Kalau cakap pasal Islam bercakap seolah-olah seperti dia seorang alim tapi hakikatnya....hai pikirlah sendiri...

Ummi nak tanya readers perlu tak kita didik anak-anak kita dengan adab sopan? Penting ker adab sopan nih? Namun zaman ni zaman yang serba canggih..millenium banyak nilai-nilai murni yang ditinggalkan...cuma kita harapkan anak-anak kita belajar disekolah...tapi cukupkah dengan hanya belajar di sekolah...Zaman ni ada ker kita tengok anak-anak lalu depan orang tua dengan membongkokkan badan...takder lagi rasanya kot...yelah zaman dah canggih buat apa ni semua....

Lihat anak-anak zaman sekarang...ada segelintir yang bila orang tua menegur bukan ibu-bapanya yer...dia buat selamba jer...ini kira ok lagi...ada juga yang menjawab dengan kata-kata yang kurang sopan...ini lebih teruklah...Jadi bagaimana kita jiran nak memainkan peranan sosial kita di sini....Sebab inilah ada jiran-jiran yang malas nak ambil tahu hal jiran yang lain...bila ditegur maybe ader parents tu yang tak terima...So masing-masing jagalah anak masing...Ini satu kes anak-anak...Ada pula yang tak menghormati privasi jiran...rumah dia rumah dia rumah kita pun rumah dia...hai macam-macamkan...kadang-kadang kita selalu pikir tak apa pada kita...so should be ok pada jiran juga...tapi kita tak perasan dan ada yang sengaja buat-buat tak perasan...ada perkara yang jiran kita tak suka tapi kita buat juga...So kat sini kenalah ambil peranan sebagai jiran yang perihatin...

Panjang lebar ummi menulis hari ini...Namun entry ini tak ditujukan kepada sesiapa...Cuma sekadar ingin berkongsi dengan readers untuk difikirkan bersama..kalo ada feedback silalah komen sebab anak-anak ummi pun masih kecil...So pendapat membina dari readers boleh dijadikan panduan untuk ummi dan parents2 yang lain dalam menangani dunia yang semakin mencabar....

Pesan ummi, anak-anakku jadilah anak yang beriman dan beramal soleh agar kelak kamu dapat mendidik dan mempertahankan agamamu hatta walau nyawamu menjadi galang gantinya...

No comments:

Post a Comment