Sunday, January 31, 2010
Entry ke 100....Baju Ghazi & My Label...
Hari ini entry pasal craft...Sebenarnya ummi nak update pada hari Jumaat tapi waktu upload gambar line blogger macam slow sgt so tertangguhlah till now. Ummi telah menyiapkan sepasang baju tido buat Ghazi...baju nih sebenarnya ikut design baju kurung Melayu tapi dipotong mcm blouse tanpa pesak dan kekek...dan Ghazi teramatlah sukanya train so ummi pun tampallah image choo choo train. Applique ni using felt.
Abangnya solat dia pun nak solat...Aksi anak-anak..
Satu lagi alhamdulillah ummi dah dapat label yang ummi tempah from zubaidah....washable and quality pun bagus dan harga reasonable...Dengan adanya label nih ummi dpt jimatkan banyak masa and hopefully productivity boleh meningkat ^_^
Tuesday, January 26, 2010
Anak dan didikan...
Hari ni ummi nak kongsi satu isu yang berat sedikit dan isunya bercampur-campur...Dari isu anak-anak hinggalah ke isu sosial...
Cerita bermula dengan anak-anak ummi...2 minggu yang lepas setiap pagi bila kereta berhenti di depan pintu pagar sekolah Moustoffa akan mula menangis dan diikuti dengan Umair...Sesungguhnya ini adalah satu cabaran yang besar buat ummi...Berbagai cara psikologi ummi telah lakukan...Pujuk...Rewards...Macam-macam...tapi still menangis juga dan Umair dek kerana nak kan attention ummi pun sama menangis...
Ummi dan ayah bersabar untuk tempoh 2 minggu dan tengok keadaan tak berubah kami mengambil langkah yang lebih drastik - hukuman rotan..Tapi sebelum anak-anak ini dirotan kami dah bagi warning 3 kali tapi still takder perubahan..Akhirnya pada hari terakhir anak-anak ini menangis ayah telah membeli 2 batang rotan (sorang satu) dan hukuman pun dijalankan...Rotan secara mild bukan mendera yer... Nanti ada plak yang telepon talian NUR report pasal ummi ^_^. Alhamdulillah esok...lusa...dan hari berikutnya anak-anak ini pergi sekolah dengan riang gembira tanpa perlu ada deraian air mata setiap kali kereta berhenti depan sekolah...
Sebenarnya ummi pun dah berbincang dengan cikgu kenapa anak-anak ini menangis dan kami pun dah kenal pasti masalahnya...Mungkin Moustoffa menangis sebab waktu persekolahannya yang lebih panjang berbanding tahun sudah. Ini kerana ada kelas Iqra selepas sekolah..Kalau ikut hati ummi boleh stopkan kelas ini tapi ini ilmu akhirat...tak sanggup ummi nak korban ilmu akhirat hanya kerana tidak mahu melihat anak-anak menangis...Dan alhamdulillah dengan izin Allah berkat dirotan anak-anak ini tidak ada masalah hendak ke sekolah..sesungguhnya kata-kata Rasullah itu benar tentang mendidik anak-anak dan isteri menggunakan rotan...Islam ini indah...rotan pun bukan terus rotan kan...ader step-stepnya...Hatta menggantung rotan dalam rumah pun kita akan dapat pahala..
Ada juga parents yang tidak lansung merotan anak-anak .... hatta marah pun tidak walaupun kesalahan yang dilakukan teramatlah besar...alasan anak-anak masih kecil...kena guna psikologi...nanti dah besar anak-anak jadi macam ni macam tu...tapi kalau tak dilentur buluh dari rebung bagaimana kita nak mendidik anak-anak bila dah besar nanti...ada juga parents yang menggunakan approach psikologi Barat semata-mata...dan rotan itu seakan-akan taboo ... kesalahan anak-anak dibiarkan tanpa teguran tanpa didikan....sibuk menegur kesalahan orang lain dan sibuk mendidik anak-anak orang lain tapi anak sendiri terbiar....secara fizikal dan mental anak-anak ini nampak sihat tapi secara rohaniahnya anak-anak ini kosong...gah bercakap pasal teori tu teori ni tapi hakikat dan realitinya indah khabar dari rupa...ibarat tin kosong...sebab apa yang dikata tak dikota...Pulak tu approach barat yang dicedoknya bulat-bulat..Kalau cakap pasal Islam bercakap seolah-olah seperti dia seorang alim tapi hakikatnya....hai pikirlah sendiri...
Ummi nak tanya readers perlu tak kita didik anak-anak kita dengan adab sopan? Penting ker adab sopan nih? Namun zaman ni zaman yang serba canggih..millenium banyak nilai-nilai murni yang ditinggalkan...cuma kita harapkan anak-anak kita belajar disekolah...tapi cukupkah dengan hanya belajar di sekolah...Zaman ni ada ker kita tengok anak-anak lalu depan orang tua dengan membongkokkan badan...takder lagi rasanya kot...yelah zaman dah canggih buat apa ni semua....
Lihat anak-anak zaman sekarang...ada segelintir yang bila orang tua menegur bukan ibu-bapanya yer...dia buat selamba jer...ini kira ok lagi...ada juga yang menjawab dengan kata-kata yang kurang sopan...ini lebih teruklah...Jadi bagaimana kita jiran nak memainkan peranan sosial kita di sini....Sebab inilah ada jiran-jiran yang malas nak ambil tahu hal jiran yang lain...bila ditegur maybe ader parents tu yang tak terima...So masing-masing jagalah anak masing...Ini satu kes anak-anak...Ada pula yang tak menghormati privasi jiran...rumah dia rumah dia rumah kita pun rumah dia...hai macam-macamkan...kadang-kadang kita selalu pikir tak apa pada kita...so should be ok pada jiran juga...tapi kita tak perasan dan ada yang sengaja buat-buat tak perasan...ada perkara yang jiran kita tak suka tapi kita buat juga...So kat sini kenalah ambil peranan sebagai jiran yang perihatin...
Panjang lebar ummi menulis hari ini...Namun entry ini tak ditujukan kepada sesiapa...Cuma sekadar ingin berkongsi dengan readers untuk difikirkan bersama..kalo ada feedback silalah komen sebab anak-anak ummi pun masih kecil...So pendapat membina dari readers boleh dijadikan panduan untuk ummi dan parents2 yang lain dalam menangani dunia yang semakin mencabar....
Pesan ummi, anak-anakku jadilah anak yang beriman dan beramal soleh agar kelak kamu dapat mendidik dan mempertahankan agamamu hatta walau nyawamu menjadi galang gantinya...
Monday, January 25, 2010
Abangku Masuk Hospital...
Then mummy explain yang along masuk hospital sebab betis dia bengkak..So apalagi lepas isyak kami anak beranak bergegas ke KPJ Selangor from Rawang...alhamdulillah dah ada Guhtrie Highway so dekat sikit perjalanan kalo tidak tak tahulah pukul berapa sampai..
Sampai jer hospital terus ambil visitor pass masuk tengok along tengah duk belek2 tangannya yang kena cucuk sorang2..sayu hati nih dan kesian sangat..Akak dan anak2 kat kampung, so since along tak dapat transfer balik kg so terpaksa along stay kat Klang sorang2..Ummi dah tanya along and doktor sekali.... Glukos tinggi 15..kena masuk insulin....
Conclusionnya kalo nanah dalam betis tu tak boleh keluar melalui ubat so along kena minor surgery...Alhamdulillah tak ada komplikasi yang teruk...Pagi nih call along dia bagi tau memang kena buat minor surgery...so hari ni mummy dan ayah on the way maybe bawa along balik kg terus...Akak @ ummi sekeluarga doakan semoga along cepat sembuh..
Gambar ni waktu berat along 100 ++ kg sekarang besar badannya cuma tinggal suku jer maybe dalam 50-60kg jer kurus sangat..Moga along selalu makan ubat dan jaga kesihatan yer..Akak sayang along..
Thursday, January 21, 2010
Kek Coklat Kukus...
Ummi sekarang dalam proses menyiapkan tempahan dari Kak Linda lagi...kali ini beliau tempah untuk anak buah lelakinya pulak...Nak dapatkan inspirasi untuk design applique utk 5 pencil case ni pun amik masa selama 2 minggu....ummi suka bagi option pada customer ummi ( meaning draft few then customer pilih mana yang suka) and buat masa sekarang pun mostly design yang ummi buat takder yang serupa...tema sama tapi sure tak serupa melainkan customer sendiri yang request utk ikut design tertentu...
Eh tajuk kat atas citer pasal kek kan ...cam mana boleh cerita pasal pencil case plak...Dalam minggu ini Moustoffa moody sesangat nak pergi sekolah...nangis tak mo kuar dari kereta...mandi nangis...banyak lagilah drama nyer...I think my FB friends tahulah coz ummi selalu update status ummi kat sana...So pendek citer nak bagi dia happy sket ummi pun masak kek kukus kegemarannya today...dari start kek tu dikukus dia tanya kek tu dah masak belum ..tanya 2-3 minit sekali. Anak-anak....
So bolehlah cuba resepi nih kalo nak ...
Bahan2:-
250gm marjerin
250gm gula
250gm tepung
250gm air sejuk from fridge (ummi ganti ngan air coklat dutch lady kotak kecik jer)
70gm koko (ummi cuma guna 30gm jer sebab ummi dah substitute dgn air coklat so kalo suka rasa koko tu lebih tambahlah lebih. Resepi asal guna 70gm koko)
4 biji telur saiz sederhana.
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Cara2:-
1. Putar marjerin dgn gula sampai kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Bila dah sebati masukkan tepung yang sudah diayak dgn baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit.
3. Masukkan air coklat dan (serbuk koko yg ditapis atau ayak supaya tak berketul) sikit demi sedikit hingga habis dan putar lagi sampai semuanya sebati. (biasanya ummi masuk air separuh serbuk koko separuh dan putar perlahan...hati2 nanti terpercik)
4. Tuang bancuhan dalam acuan dan kukus selama 45min atau sehingga masak (ummi biasanya sediakan air kukusan waktu ummi sediakan bancuhan nih sebab bila nak kukus wap dalam tu dah betul2 panas and dia akan masak sekata.
Tips : Utk elakkan air menitis atas kek, tudung kukus tu bolehlah dibalut dgn kain. Isi air yang byk dlm bekas kukus utk cepat masak. Ummi pernah isi air separuh kek masak lebih lama dari 45 min.
Selamat mencuba...
Wednesday, January 20, 2010
Propaganda Yahudi....
Hari ini kita share lagi email yg ummi dapat...dah lari sgt dari topik craft kan tapi nak buat macam mana saban hari melihat berita asyik kuar cerita penindasan Palestin....semakin bertambah rasa benci terhadap Israel....Kalau anda suka anda baca kalo tidak close jerlah window nih... Ini copy paste email yang sebenarnya diambil dari link blog dibawah..
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - --
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Ini adalah sebahagian artikel dlm blog tersebut..sila bace dgn lebih lanjut di http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.htm
Ummi dah pergi ke blog nih dan artikel di dalamnya boleh jadi pembuka mata kita kepada propanda yang sengaja diwujudkan untuk melemahkan kita umat Islam..
Wednesday, January 13, 2010
Isu Penggunaan Nama Allah
Topik kat atas nih adalah satu topik yang sensitif pada umat Islam dan ummi yang serba dhaif dlm hal agama pun tak berani nak komen. Cuma hari ini ummi nak berkongsi satu email yang ummi dapat dengan readers kerana di blog nih readers nyer lebih ramai berbanding forward ngan email so bacalah, renungkanlah dan fikirkanlah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
My dear friends, please read….
Sunday, January 10, 2010
Ketika saya di Shenzhen kala ini, saya sibuk dengan urusan pengebumian Allahyarham Pak Cik saya, Haji Wahid bin Haji Omar.
Beberapa kali saya dihubungi untuk diminta untuk mengulas mengenai isu penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam.
Saya sudah baca bererapa pendapat. Di Malaysiakini, saya membaca mengenai komen Dr. Asri yang memperlecehkan kenyataan Dato’ Haron Din.
Kesempatan ini saya ingin menulis, sama seperti tulisan saya yang lalu, bukan dari kacamata Islam dan bukan juga dari kacamata orang politik. Tapi reality yang berlaku.
Saya pernah memasuki gereja. Saya pernah memberikan sedikit tazkirah di dalam gereja. Bukan kepada orang Islam tetapi kepada pesakit HIV yang duduk di dalam gereja pertengahan tahun 2009.
Mereka adalah goang yang terlantar sakit dan tidak ada orang Islam yang mengambil dan menjaga mereka.
Para ustaz lebih selesa berforum di atas pentas membicarakan soal kasih sayang dari turun menterjemahkan kasih sayang di dalam tindakan.
Di dalam gereja itu, ada menggunakan perkataan Allah.
Beberapa orang telah meninggal dan ada yang pernah diurus oleh pihak gereja.
Agak-agak kita, ketika orang nazak sakit, katakan datang seorang paderi dan berkata:-
“tak apa, Allah akan memberkati kamu, anaknya Isa juga akan memberkati kamu sebab Allah berfirman bahawa ikutlah anak aku Isa dan kamu akan selamat”
Agak-agak, keliru tak?
Jika ada anak kita nanti sakit di hospital, datang orang dengan baju yang kemas dan berkata:-
Jangan risau, kita doa pada Allah agar Allah menyembuhkan adik, asalkan kita berdoa juga pada anaknya Isa.
Agak-agak, keliru tak?
Kalau ada mangsa banjir yang orang Islam lambat datang, tiba-tiba ada orang datang membawa bantuan:-
“Tak apa, tak payah berterima kasih, ini semua dari Allah, Allah dan anaknya menggerakkan saya dan kawan-kawan untuk datang memberi bantuan di sini”.
Agak-agak, keliru tak?
Alangkan belum dibenarkan secara rasmi pun, mereka telah menggunakannya. Bayangkan kalau kebenaran diberi secara rasmi.
Para ustaz dan Dr serta agamawan berteori banyak. Mereka boleh memukau kita dengan ayat-ayat al-Quran dan hujah-hujah memperlecehkan antara satu sama lain.
Dengan izin Allah, saya berkecimpung terus dengan masyarakat. Dan kebimbangan saya bukan teori. Ia adalah perkara yang benar-benar berlaku.
Ingatlah, membenarkan menggunakan perkataan Allah bukan perkara yang boleh nak dicuba-cuba. Ia bukanlah Try and Error. Ia soal masa depan anak kita.
Ada orang berkata:-
Buat apa takut, Islamkan kuat
Saya tidak takut cuma bimbang, kerana realiti suasana sekeliling tidak membantu kita meningkatkan penghayatan Islam.
Kalau slot TV sudah banyak berbicara pasal Islam, slot radio telah banyak, majalah-majalah Islam telah banyak, kala itu barulah kita boleh berbicara dalam bahasa “untuk berdakwah”
Kala ini, kita masih dalam fasa berusaha mempertahankan Islam yang ada bersungguh-sungguh. Orang kita sendiri tak membantu kita, nak harapkan orang lain? Nak harapkan orang sokong kita hanya dengan sekadar dengan membenarkan penggunakaan nama Allah, atau kita atau anak-anak kita akan semakin keliru dan keliru.
Agamawan teori hanya nanti akan berkata,
“Ah, tak apa, kalau ijtihad kita salah pun, kita dapat satu pahala, kalau betul, kita dapat dua pahala”
Tapi kalau salah itu kesannya lebih teruk untuk anak bangsa, adakah sekadar berkata “tak apa” kala itu.
Ketika saya menemuduga anak-anak yang ingin masuk ke dalam sekolah MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) ada di kalangan ibu ayah yang begitu yakin dengan kefahaman agama anak mereka.
“Ustaz, terimalah anak saya, anak saya bagus dalam ujian KAFA”
Ketika saya bertanyakan bilangan rukun Islam dan rukun Iman, masih ada lagi yang tertukar. Jika masuk ke syurga itu diukur dengan ujian KAFA, sudah tentu anak dia ni tak akan masuk kerana rukun iman dan Islam pun tertukar bilangannya.
Ini yang benar-benar saya hadapi. Kalau itu pun dah keliru, nak harapkan dia tak akan keliru dengan tulisan yang akan digunakan oleh kristian nanti.
“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”
Agak-agak, keliru tak?
Saya secara peribadi tidak bersetuju melainkan jika setelah suasana sekeliling menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka. Jika masih belum, maka ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang. Semoga Islam terus terpelihara, amin…
“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Januari 09 jam 10.30 malam
Friday, January 8, 2010
Experience Naik Ekpress Rakyat KL - Segamat
Lama sungguh tak update blog nih kalo tgk entry kat Craftzone, 3 weeks since my last entry...Nuffnang add pun dah merajuk takmo muncul...So ini kira entry pertama ummi untuk tahun 2010..Budak2 pun dah naik sekolah ...
Banyak perkara yang perlu ummi selesaikan, balik dari kg of course kena kemas rumah yelah seminggu lebih ditinggalkan...then persiapan sekolah anak2...email...farmville hehehe..so baru hari ini ummi dapat edit gambar2 tu...
Perjalanan naik keretapi ni seronok beza sgt ngan naik bas sebab tak jem...stop pun kejap2 jer kat station2 kecil so sapa yg nak turun tu kena ready cepat2 sebab train stop tak sampai 10 min for every station...satu lagi dlm train leh bebas berjalan maklumlah space besar kan compare tu bus or car...Kalo ada rezeki n masa maybe kami akan naik train utk destinasi yg jauh sket...
So ni gambar2 waktu trip kami tu...