Malam ni Ummi nak update entry uji resepi roti jala. Harus dilakukan cepat sebelum Ummi terlupa resepinya..
Resepi asal Ummi amik dari blog Masam Manis...Kak Azlita pun mencuba resepi Lynn dari My Resepi...tapi memandang kuantiti bahan yang digunakan banyak so ummi rasa tak sesuai..K.Azlita pun ada bagi link resepi Roti Jala Mat Gebu...ummi tengok sukatan pakai cawan emm okaylah senang sikit ummi nak adjust mengikut kuantiti yang Ummi mahukan.
So ini resepi asal dari Che Mat...dan Ummi adjust sket mengikut kuantiti yang ummi mahukan..cam biasa senang untuk dijadikan reference Ummi in future...
Bahan :
Tepung gandum 3 cawan
Air 2 cawan setengah
Susu segar (optional) 1/2 cawan - kalau tak mahu letak susu letak air
2-3 titik pewarna hijau cam Ummi buat
1 biji telur
3 sudu besar mentega
Secubit garam...
Cara-cara :
Satukan semua bahan diatas dengan whisk dan tapis bancuhan..
Panaskan non stick pan
Lenserkan dengan minyak zaitun atau minyak masak biasa (celup kitchen towel dlm minyak sikit dan lapkan pan.
Isikan adunan didalam botol sos yang bermuncung tiga . Atau kalau tiada gunakan acuan roti jala yang biasa. Bila panas paipkan adunan diatas pan secara melintang dahulu dan kemudian menegak. Ummi gunakan api kecil.
Bila permukaan adunan pucat..maknanya roti jala kita dah masak and bolehlah menggulung..Ummi rasa gulung ini ada banyak cara.
Cara Ummi, lipat roti sepertiga atas dan bawah angkat dalam pinggan dan gulung dari tepi hingga ke hujung..
Teruskan menjala hingga adunan habis..
Kalau tak tahu gulung silalah refer link blog K.azlita ni atau googlelah mana-mana...
Dalam gambar ni roti jala Ummi yang masak dan kari daging berdalca tu En. Ayah yang masak :-) |
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment