Saturday, October 6, 2012

Percubaan Mengait Bunga...

Assalamualaikum,

Dalam posting yang lepas ummi ada mention pasal craft kan? Wish list ni pun dah lama rasanya almost 2 years dah...and alhamdulillah akhirnya berjaya jugak ummi buat...cuma kena selalu practise supaya lebih cantik..

I've crocheted these.... (^_^)


First flower to fifth flower... percubaan dan penemuan..
Dek kerana semangat mengait dah mai...ummi pun cari sebuah buku untuk djadikan rujukan..2 tahun lepas ummi just follow tutorial kat youtube...tapi tak menjadi.. this time follow buku...selak punya cam tak berapa paham...dan contoh bunga yang diberikan pun berbeza dari gambar di atas...

So google jugaklah dan alhamdulillah Ummi jumpa Mandipidy.com tutorial bergambar...almaklumlah kita kan slow sikit nak baca chart bagai lagilah tak reti...and Mandipidy pun tak reti baca chart but she is a talented lady... Tapi bunga Mandi lagi cantik dari bunga yang ummi kait (^_~) ...

Berpandukan pada tutorial Mandi ni lah ummi cuba buat bunga2 di atas dan olahkan kembali.. Masalah paling besar ummi adalah lupa kiraan...Mesti readers gelakkan sebab flower crochetlah yang paling simple nak buat...tapi nak buat cam mana dek non..ummi ni pelupa sikit..

Percubaan pakai benang tebal rasa cam susah lagi-lagi bila pakai hook yang tidak mengikut tebal yarn...so second attempt ..ummi cuba pakai benang halus...mudah sikit..hook tu maybe sesuai untuk benang halus kot..then fifth attempt dah beli hook size 1-2 barulah nampak ok sikit..yang halus ni mcm benang pearl benang yang dipintal..so bila nak tarik benang ni tak mudah terurai.. tu yang suka sebab senang...lagi satu kalau jadi nampak mcm kemas jer..

Hemm dalam angan-angan kait bunga ni...boleh pulak tetiba nak cuba buat amigurumi ni gara-gara terjumpa simple ami projek... tapi sebab sibuk dah seminggu pending..tu pun asyik silap kira.. nanti dah siap ummi up kat sini yer..

No comments:

Post a Comment