Mencuri masa untuk meninggalkan entry di diary online untuk kenangan di masa hadapan...
Minggu lepas hari Jumaat balik dari sekolah Muostoffa mengadu yang dia ditumbuk kawannya..mula2 ummi cuak juga, almaklumlah Moustoffa ni jenis yg aktif..mana tahu dia yang provoke budak tu...entah2 dia yang kacau ker..usik ker budak tu sampai budak tu tumbuk dia...then soalan demi soalan ummi ajukan...sampai satu ketika dia mulai menangis..mungkin dek kerana umminya yang meragui ceritanya....ummi mula menaruh kepercayaan bila dia suruh ummi pi Balai Polis buat report pasal budak nih..
Ummi kongsikan cerita ini dengan ayahnya pada malam itu..tapi emmm en. ayah macam biasa jer...almaklumlah dia dulu2 pun nakal juga...tapi ummi berpendapat perkara ni tidak boleh dipandang remeh..boleh berlaku pada Moustoffa ..boleh jugalah berlaku pada pelajar lain..segarang-garang ummi ni ..tak sanggup nak tengok anak diperlakukan sesuka hati oleh sesiapa kecuali dia betul-betul bersalah..itu pun kena consult ummi dulu..yelah ummi yang mengandungkan ...ummi yang menjaga...ummi yang menyusukan ..ummi yang menyuapkan makan...pakaikan baju...tidak ada campur tangan orang luar dalam mendidik anak-anak...semua dibesarkan didepan mata....maaf yer teremo pulak..
Okay balik pada cerita Papa aka Moustoffa..alhamdulillah hari Sabtu tu ada sekolah ganti...so ummi pun pi ler sekolah ingatkan nak jumpa HEM..tapi HEM cuti..guru penyelia petang pun cuti...yang ada guru besar... since guru besar tengah lunch break...so usaha jugaklah ummi menunggu nak dekat 1/2 jam...bila dpt jumpa guru besar pun kongsilah cerita Moustoffa kepada guru besar..isilah borang aduan..then guru besar akan notified ummi via phone hasil dari perkembangan siasatan..kalo boleh tak nak terus jumpa guru besar..maklumlah HOD kan..biarlah sub yg settlekan dulu .....lepas jumpa, guru besar bagi green light...apa2 masalah boleh jumpa direct dgn dia...dia lagi suka...ummi pun suka juga senang
Isnin lepas guru besar called, and confirmed budak tu yang bersalah...dan dah diberi warning...macam yang ummi beritahu guru besar...bukan nak jatuhkan hukuman pada budak tu...tapi nak menegur..agar dia tahu perbuatannya salah..agar dia tidak mengulangi kesalahannya...ummi rasa pada peringkat ini lebih baik diberitahu kepada parents budak tu agar pendidikan seterusnya dilakukan secara berterusan di rumah..
Mata kiri yg bengkak sikit lepas kena tumbuk..alhamdulillah tak serius sangat..tapi sakitlah jugak..kan Paa..sampai nangiskan..
Emmm...ingatkan dah settle rupa-rupanya budak ni satu kelas kafa dgn Moustoffa...semalam dia siap ugut nak bagi tahu abang dia....dialog budak itu " kalo aku bagi tahu abang aku, pecah kepala ko"... hai lah anak kesian ummi dengan budak ni...suasana pembesaran mcm manalah agaknya yang dia lalui..dia tumbuk Moustoffa pun ari tu siap kepit kepala lagi...pengaruh apalah yg anak ini terima sehingga dia berkelakuan begini di usia 7 tahun..biasa tgk dlm tv jer...bila terjumpa betul-betul anak yang ada masalah begini jadi macam satu rasa...inilah realiti dunia yang patut jadi sempadan dan ingatan dlm membesarkan anak-anak...moga Allah bantu kita semua.
No comments:
Post a Comment