2 minggu tak online di FB dan blog..Banyak cerita yang ingin dikongsikan..Selama 2 minggu ini ummi pulang ke kg kerana rumah tengah renovate so untuk melancarkan aktiviti renovation dan juga keselesaan baby dan anak-anak terpaksalah berpisah dengan En. Ayah..
Di kampung pula Ayah telah mengkhatankan Umair, 7 tahun dan Moustoffa @ Papa, 6 tahun pada 26hb November yang lepas..Khatan di Batu Pahat dan dibawa pulang ke Lenga pada 28hb Nov sebab En. Ayah harus pulang ke Rawang. Nak meninggalkan budak berdua ni di kampung ayahnya pun tak sampai hati sebab keluarga En. Ayah tengah sibuk membuat persiapan perkahwinan adik perempuan En. Ayah yang ke-3... So sekembalinya En. Ayah ke Rawang, Ummi menggalas tugas menjaga anak-anak bujang Ummi yang berkhatan especially bab cuci-cuci dan dibantu oleh bonda Ummi..Paling mudah menjaga Papa sebab dia berani sikit waktu ummi nak cuci luka...dan lukanya pun cepat baik..ini sebab Papa tahan sakit sikit...bila dia duk diam2..dia akan cabut sendiri benang-benang jahit dan keruping2 luka.. Si Abangnya Umair pula memang tak tahan sakit...hatta nak tekap tisu kat tempat luka pun dipegangnya tangan Ummi tak bagi sentuh..kalau dia sendiri pula yang lap...hai memang tak kering lansung sebab dia sendiri pun guna hujung tisu untuk lap titis air basuhan..So terpaksa tegas sedikit selepas pujukan demi pujukan tak dilayan..itupun baik lambat 2 hari dari Papa..Lebih kurang 10 hari barulah anak-anak Ummi benar-benar sembuh dari luka berkhatan..
Papa kiri...dan Umair kanan..
Ni Papa waktu baru kuar dari bilik doktor..steady jer muka kan.. Congrats from Ummi and Ayah to both of you...
Lastly kami sekeluarga nak mengucapkan tahniah kepada adik perempuan ke-3 En. Ayah iaitu Mimi atau Nur Amirah kerana selamat melansungkan perkahwinan dengan pasangannya Ahmadan..kami sekeluarga mendoakan semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat dan moga cepat dapat zuriat.. .
Itulah dia triple congratulations..
No comments:
Post a Comment