Sunday, December 25, 2011

Friday, December 16, 2011

My Tissue Flower

Assalamualaikum,

Few days ago I've updated about my congrats stories..It has been a long...long...long time ago.. Ummi story pasal craft kan..since preggy hinggalah ke saat ini..Masa banyak ditumpukan pada si comel Muaz dan juga abang-abangnya..less time for my hobby..

Anyway when I was back at my hometown Muo...hehe Muar...Ummi ambil kesempatan untuk menghilangkan kerinduan pada hobi Ummi ...I've planned it way before went back to hometown ...and still didn't dare to commit..till I've managed to buy all the necessaries..then I text my sis-in-law about this so that she could move on other things..

So inilah hasilnya ..I've made a flower centerpieces out of serviette..some people use facial tissue..some use crepe paper.. Ummi rasa hasilnya berbeza-beza mengikut material yang digunakan...love to try again using different material..Bunga yang kaler magenta ni ummi buat dlm masa 3-4 hari...yang kaler putih pulak buat dlm tempoh 24 jam.... Yang kaler putih tu buat last minute because we thought the color combination of magenta and white lebih menarik dan tidaklah nampak bekas tu terlalu kosong.

Bekas bunga pula dibuat dari tin susu..dan touch uplah sikit..hehe jimat..



Hand bouquet from tissue flower..ummi buat bunga ...sis-in-law era kakak pd pengantin satukan untuk dijadikan bunga tangan...tapi kalau guna 7 kuntum lagi cantik kot..

Anyway semuanya dah selamat...and I'm proud because ramai yang puji...and ada pulak tetamu my mom-in-law yang tanya and bawa balik contoh..




Monday, December 12, 2011

Triple Congrats!!!

Assalamualaikum,

2 minggu tak online di FB dan blog..Banyak cerita yang ingin dikongsikan..Selama 2 minggu ini ummi pulang ke kg kerana rumah tengah renovate so untuk melancarkan aktiviti renovation dan juga keselesaan baby dan anak-anak terpaksalah berpisah dengan En. Ayah..

Di kampung pula Ayah telah mengkhatankan Umair, 7 tahun dan Moustoffa @ Papa, 6 tahun pada 26hb November yang lepas..Khatan di Batu Pahat dan dibawa pulang ke Lenga pada 28hb Nov sebab En. Ayah harus pulang ke Rawang. Nak meninggalkan budak berdua ni di kampung ayahnya pun tak sampai hati sebab keluarga En. Ayah tengah sibuk membuat persiapan perkahwinan adik perempuan En. Ayah yang ke-3... So sekembalinya En. Ayah ke Rawang, Ummi menggalas tugas menjaga anak-anak bujang Ummi yang berkhatan especially bab cuci-cuci dan dibantu oleh bonda Ummi..Paling mudah menjaga Papa sebab dia berani sikit waktu ummi nak cuci luka...dan lukanya pun cepat baik..ini sebab Papa tahan sakit sikit...bila dia duk diam2..dia akan cabut sendiri benang-benang jahit dan keruping2 luka.. Si Abangnya Umair pula memang tak tahan sakit...hatta nak tekap tisu kat tempat luka pun dipegangnya tangan Ummi tak bagi sentuh..kalau dia sendiri pula yang lap...hai memang tak kering lansung sebab dia sendiri pun guna hujung tisu untuk lap titis air basuhan..So terpaksa tegas sedikit selepas pujukan demi pujukan tak dilayan..itupun baik lambat 2 hari dari Papa..Lebih kurang 10 hari barulah anak-anak Ummi benar-benar sembuh dari luka berkhatan..


Papa kiri...dan Umair kanan.. 

Ni Papa waktu baru kuar dari bilik doktor..steady jer muka kan.. Congrats from Ummi and Ayah to both of you... 

Seminggu sebelum acara berkhatan ni, kami semua bersama-sama meraikan konvokesyen adik Ayah di GMI Bangi. Congrats to Kakchik..bulan Jan ni beliau akan meyambung studynya di UniKl Johor..



Lastly kami sekeluarga nak mengucapkan tahniah kepada adik perempuan ke-3 En. Ayah iaitu Mimi atau Nur Amirah kerana selamat melansungkan perkahwinan dengan pasangannya Ahmadan..kami sekeluarga mendoakan semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat dan moga cepat dapat zuriat.. .

Itulah dia triple congratulations..