Wednesday, February 2, 2011

Owh tidak...Banjir datang lagi..

Assalamualaikum,

Sedih sangat2...rumah parents ummi dah tenggelam dalam banjir yang sedang melanda Negeri Johor sekarang..parents yang duduk di Kg. Sungai Berani Lenga (sepanjang Sungai Muar) so paham2 jer lah kalau dah tepi sungai lagilah teruk keadaannya..

Dulu tahun 2006 waktu banjir besar kat Johor pun rumah dah kena bah...tahun ni 2011 pun kena bah lagi...satu ujian yang maha berat utk parents ummi..

Ummi dan keluarga pindah ke kawasan tu pada tahun 1990, waktu tu ummi darjah 6 tapi alhamdulillah sepanjang membesar disitu tak pernah pulak kena banjir...tu pun sekali jer meranduk air kat jambatan yang menghubungkan kami dengan pekan..tapi air tak sampai dalam rumah...cuma air pasang besar sampai kena naik sampan pi sekolah..Dan waktu pindah ke kampung ni pun mengikut cerita penduduk asal asal di situ bah paling besar pun pada tahun 70-an..so selepas ayah membina rumah bawah (mostly ramai yg buat rumah tinggi waktu ni)...ramai pulak yang modified rumah..meaning buat rumah bawah juga..

Sekarang disebabkan cuaca global yang tidak menentu mungkin agaknya tempat ni akan selalu dilanda banjir..apa nak buat yer...

ni gambar rumah parents ummi..gambar diambil 2 hari lepas..katanya air makin tinggi so tak tahulah dah paras mana sekarang..berdoa janganlah tinggi lagi biarlah air tu surut cepat..


Dengan keadaan air yang tinggi macam ni ... tak usah bayangkanlah kerugian harta benda dan tanaman..



Ni pulak keadaan jalan ke arah Pekan Lenga..terputus hubungan...ni kira kawasan tinggi..kampung ummi nun kat bawah sana tepi sungai...sedih...sedih..

Note : Credit to Cikgu Hirman kawan ummi untuk gambar pekan ni..sebab dia yg amik gambar kat situ..

No comments:

Post a Comment