Assalamualaikum...
Jumaat yang barokah..Hari ini Istiwa matahari atas kaabah pada hari ini..16 Julai pukul 5.28pm. Cek balik kiblat kita dan boleh pergi ke link ini untuk baca full artikel..
http://www.falak-online.net/portalfalak/content/26/5/2010/istiwa-matahari-atas-kaabah-pada-28-mei-2010-516-pm
Selain dari itu ummi nak kongsi cerita yang ummi dapat dari email lagi tentang pertolongan Allah atas hambanya..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa Tak Rogol Saya?
Oleh Hilmi Halim
(Embedded image moved to file: pic26052.jpg)
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai
tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada
masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia
berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan
telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah
perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita
ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang
dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa
ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di
bawa ke tempat lain)..
Dia pun tanya perogol itu..
"Why don't you do anything to me on that night even though you know that
I'm alone?"
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya
seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side. If you
were alone of course you will be my victim."
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki
berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah
kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa
saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin
dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan
Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang
mukmin iaitu DOA..
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di
rejam...
No comments:
Post a Comment