Sunday, July 25, 2010

My Own Button Badge...

Assalamualaikum...

Hujan rahmat pagi2 nih...Alhamdulillah ummi sudah selamat terima button badge yang ummi tempah from Acu ... Seorang mama yang berbakat and she is doing freelance illustrator and digital portrait painting... So sesiapa yg nak tempah button, header and etc bolehlah visit blog Acu.

Mari tengok hasil kerja Acu dan selepas ini bolehlah ummi exchange button with my other crafter colleagues for marketing purposes..


All this while ummi memang dah ada satu blog just for my handmade and its been updated from time to time..cuma blog cerita ummchak lebih updated from ummchak store.. dan ummchak store belum diwar-warkan lagi ... Anyway boleh refer pada kedua-dua blog ummi if you need to find or get customized handmade just for your loves one..

Monday, July 19, 2010

I've Been Reviewed.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...pagi2 pergi ke Craftzone and tup2 nampak gambar Jean Flower Corsage..Rasanya ummi buat Flower Corsage ni bulan yang lepas tapi ummi baru masukkan dalam pool Craftzone Malaysia @ Flickr..and I've been reviewed by Maya at Craftzone...thanks Maya..



Ini sememangnya menaikkan semangat ummi untuk terus berkraf dan mencuba kraf2 baru.....so friends lets crafting...

Thursday, July 15, 2010

Cerita Pagi Jumaat..

Assalamualaikum...

Jumaat yang barokah..Hari ini Istiwa matahari atas kaabah pada hari ini..16 Julai pukul 5.28pm. Cek balik kiblat kita dan boleh pergi ke link ini untuk baca full artikel..

http://www.falak-online.net/portalfalak/content/26/5/2010/istiwa-matahari-atas-kaabah-pada-28-mei-2010-516-pm


Selain dari itu ummi nak kongsi cerita yang ummi dapat dari email lagi tentang pertolongan Allah atas hambanya..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa Tak Rogol Saya?

Oleh Hilmi Halim

(Embedded image moved to file: pic26052.jpg)

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai
tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada
masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia
berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan
telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah
perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita
ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang
dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa
ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di
bawa ke tempat lain)..

Dia pun tanya perogol itu..

"Why don't you do anything to me on that night even though you know that
I'm alone?"
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya
seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side. If you
were alone of course you will be my victim."
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki
berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah
kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa
saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin
dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan
Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang
mukmin iaitu DOA..

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di
rejam...

Tuesday, July 13, 2010

Handmade for My Men @ En. Amir...

Assalamualaikum..

Aktiviti craft untuk minggu ini lagi ....I've made something for my dearest again...and I am touch and honored bila beliau sudi pakai my handmade..Bukannya apa maklumlah lelaki, kot2 nanti takut ada orang kata tak macholah pakai benda2 mcm nih..but my husband sudi plak pakai apa yang ummi dah jahitkan..

looking thru my sewing machine..


Closer look...Bahagian depan ummi jahit scrap dari jeans ummi nih..idea dan permintaan my husband juga..


Ya ummi buatkan wallet untuk suami ummi .. Handmade dan specialnya sebab ummi jahit sendiri..Made out of dyed cotton canvas..Idea asalnya lain sikit..then En. Amir kata dia tak nak byk2 lining coz nanti berat..so he suggested buat macam di atas nih..


Yang lining hanya bahagian duit kertas..bahagian kad2..tak lining so ummi just jahit zig zag around it dan jahit velcro supaya card tu selamat duk diam2 kat dlm rumah dia..and my hubby kata kalo benang tu terkeluar pun tak apa nampak cam vintage sket..

Thanks En. Amir for your support and encouragement for me to fulfill my passion.

p/s : Sorry gambar nampak berbeza kaler due to lighting..adjust kat CS3 pun tak boleh .. I am not a pro.. v_v still learning..Kaler wallet nih lebih kepada yg bewarna gelap tu..

Fabrics and Felt...

Assalamualaikum...

Alkisah ummi nak share custom made order dari Kak Linda lagi...alhamdulillah thanks to Kak Linda kerana selalu tempah ngan ummi and very supportive..



Ini adalah boxy yang besar yg ditempah oleh kak Linda..Multipurpose..semua boleh masuk..Yang ni sizenya lebih kurang 4.5 in " lebar x 8 in" panjang x 3.5 in" tinggi..


Dan boxy yang besar ini ada poket cute kat belakang, ummi gunakan velcro agar bila Kak Linda masukkan barang2 kat dalam safe and intact..takderlah tercicir..Dan ciri2 tambahan lain yang ummi tambah untuk kemaskan lagi boxy ummi adalah dengan menjahit 2 tempat pegang di kiri dan kanan serta jahit binding sebelah dalam boxy. Main handle pun ummi jahit panjang sikit..

Cabaran menggunakan fabric yang berkaler atau bermotif like this one adalah nak matchingkan kaler..alhamdulillah yang ini lulus QC because Kak Linda suka..kalau tidak alamak!! I really need to find a source or color wheel or sumthing about kaler2 matching...kalo tidak nampak pelik..untuk kain ni pun asalnya ummi guna kaler kuning hitam untuk Cik Bee yang glamer itew..tapi my hubby told me that he could not see it..dah siap2 tampal dah Cik Bee then ummi pun membesarkan mata betul2..yelah tak nampak sangat..mata tertipu bila menggunakan cahaya tambahan..Next time kena tgk di bawah cahaya original..



Yang ini Kak Linda nak keychain..My sons aka Umair and Moustoffa told me it look like a cake..Yer ker nak..hah pandangan mata anak2..dan daya imaginasi mereka..Size diameter 3 inci



And for certain amount that Kak Linda paid me..so ummi buatkan this fabric bookmark out of a scrap jean..Dan mencuba easy stitch..waktu ni malas nak pikir2 dan malas nak buka2 tapak jarum..so ummi menggunakan cara b*o*o*h2 ...jahit lerr guna tapak zip..kena angkat dan pusingkan byk kali..and free style sebab tak boleh nak trace atas kain...takder erasable pens kaler cerah dan kapur takut akan mencomotkan kain.. My air tangan pertama now safely with Kak Linda yang ummi tahu akan menjaganya dengan baik..^_^


Belongs to Kak Linda...Thanks again sis..owh ader satu lagi akan diusahakan nanti..Insya Allah..

Thursday, July 8, 2010

Sumbangan Quran, telekong, sejadah, tudung, etc

Assalamualaikum...

Pagi ini ummi terima email ini dari seorang sahabat dan ummi juga telah menelefon Ustaz Abdul Razak untuk mengesahkan email ini. Mengikut kata Ustaz Quran dah cukup, tetapi beliau masih memerlukan kain batik, kain pelikat, pakaian kanak-kanak dan lain2 lagi. Sila baca email penuh dibawah..

------------------------------------------------------------------------------------------------



From: Norul Affendy Mohd Sallehudin [mailto:norulaffendy@celcom.com.my]
Sent: Thursday, July 08, 2010 4:06 PM
To: norulaffendy@gmail.com
Subject: FW: Fw: Sumbangan Quran, telekong, sejadah, tudung, etc > Mohon
war2kan dan panjangkan pada rakan2/persatuan


Subject: Mohon bantuan rakan war war kan -Sumbangan Quran, telekong,
sejadah, tudung, etc > Mohon war2 kan dan panjangkan pada rakan2 - dari
ramlisdar

Saya mulakan dengan Bismillah ARRahman ARRahim
Setelah lama mencari2 tempat yang dapat di jadikan pusat pengumpulan
sumbangan yang sesuai.

Aktiviti ini lama di berhentikan kerana ketiadaan tempat untok di jadikan
collection centre.
Alhamdulillah akhir nya kita telah memperolehi tempat untok di jadikan
pusat pengumpulan barang2 berikut:

1. Al Quran
2. Buku kecil Juzzu Amma (surah2 pendek) -perlu dengan banyak
3. Sejadah sembahyang
4. Telekong perempuan - perlu banyak
5. Tudung perempuan - perlu banyak
6. Toys
7. Buku2 ugama
8. Pakaian yang baru dan baik serta maseh molek

Barang2 sumbangan boleh lah di hantar ke Masjid Subang Airport (Airport
Lama). Sebelom hantar sila talipon Ustaz Abdul Razak HP: 0192797558

Mohon maklumkan yang barang2 ini untok di hantar antara nya ke Sabah,
Cambodia dan Acheh atas nama TKO (ramlisdar)

Mohon chek dahulu sebelom menghantar sumbangan pakaian kerana masalaah ada
nya penyumbang yang kerap menghantar pakaian yang tak layak di derma,
saperti seluar burok, kain2 burok , pakaian yang dah koyak dan lusoh. Kalau
nak hantar yang baik dan molek , kami sedia menerima.

Penerimaan sumbangan di terima mulai hari ini sehingga 15hb Oktober 2010


Peringatan tarikh TUTUP ialah: 15hb Oktober 2010


Just in case Ustaz Razak tak ada di Masjid boleh contact isteri pada Ustaz
bernama Puan Salwa HP 0196221072 atau 0196149067

Sebab ustaz ni sebok sokmo.
Bila Ustaz tak ada nanti sila contact isteri nya pula.

HP Ustaz Razak 0192797558
Mohon dapat lah kira nya rakan2 war war kan dan panjang kan pada rakan2
akan permohonan sumbangan ini, sama ada website lain atau email.
Sumbangan ini tidak melibatkan wang tunai.
Agar lebeh ramai dapat turut serta menyumbang barang2 saperti yang terdapat
dalam list di atas

May Allah bless you



Thanks

wassalam

Small Jersey for My Dearest...

Assalamualaikum...

Update ringkas. Ahad lepas sempat menyiapkan satu small jersey untuk ayah..ummi buat right away after team pilihannya menang..now hehehe dah kalah tak dapat masuk final...tapi bukan sorakan ejekan yer..apa2 pun macam kata petikan seorang teman di wall FB beliau ..German tetap dihati...cuba lagi German dimasa akan datang...Ummi bukan minat sangat ngan bola just tengok bila dah masuk semi final tu pun kerana ayah yang follow match World Cup nih tapi idok ler sampai dia tak tido pagi.. ^_^

Ada rupa ker ngan baju Si Klose tu...haha katalah ada...asal ada ropa sikit2 pun jadik ler... Memang kecik pun but this is not a keychain ker..hp charm ker..this is...a.....




yer baju untuk pendrive baru ayah..8GB cuma rega RM48 beli kat Low Yatt...haha murah berbanding ngan beli kat area Rawang nih..4GB dah RM40 lebih...sapa nak tolong belikan boleh...just bayar upah tukang beli yg kena redah jem ngan bayor duit parking moto dia waktu nun matahari kat atas kepala...hehehe kenapalah ummi mengarut yang bukan2 malam nih...



Speselnye baju kecik nih adalah pendrive tak perlu dicabut dari baju...just tolak baju ke atas hah dah nampak dan boleh cucuk ke port lappy or desktop..dan baju ini akan sentiasa tersarung dibadan PD sampailah ia tidak digunakan lagi...telah direka cewahh mcm hebat sgt plak..forgive me yaa friend..memang telah direka supaya baju nih tak terlucut dari pendrive tu .... thanks to my husband for the ideas..