Esok Hari Ibu dan dikesempatan ini ummi nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Bonda ummi Puan Maznah Bte Talib, kepada ibu saudara ummi Cik Rokiah Bte Talib dan juga kepada Bonda Mertua Puan Seniwati Bte Haji Buang.
Ini adalah ucapan terbuka buat bonda tercinta...
Kepada bonda ummi, terima kasih kerana melahirkan ummi, membelai, menjaga, mendidik dan menyayangi ummi sepanjang hayat ummi. Pengorbananmu tidak akan ummi lupakan sampai bila-bila dan ummi tahu pergorbanan yang bonda lakukan adalah amat besar sekali. Walaupun bonda hanya mempunyai seorang anak perempuan tapi bonda sanggup menahan hati merelakan anak yang seorang ini mengikut suami...walaupun kadang2 ummi tahu bonda sebak kalau masa yang dihabiskan bersama bonda terlalu sedikit. Tapi ummi tahu bonda redha dan alhamdulillah ummi rasa bonda telah berjaya mendidik ummi menjadi seorang isteri yang patuh pada suami.
Bonda dan cucu2nya...
Ummi juga tidak akan melupakan pengorbanan bonda menjenguk dan menjaga ummi dikala ummi sakit, walaupun diri bonda tidak sekuat waktu muda dulu...Terima kasih untuk segalanya bonda. Dan buat ibu saudara ummi, bonda Rokiah jasamu menjagaku ketika kecil hingga besar, hanya Allah yang mampu membalasnya kerana pengorbanan yang besar tidak akan dapat dibalas dengan wang ringgit.
Akhir sekali buat bonda mertua, terima kasih kerana sudi menerima diri ini menjadi anakmu, Insya Allah segala tunjuk ajar dan nasihat akan digunakan sebaik2nya..Ucapan terima kasih juga kerana melahirkan suamiku, menjaga dan mendidiknya.
Bonda mertua dan ayah mertua.
Beg yang ummi jahit utk dihadiahkan kepada bonda2 ummi..
No comments:
Post a Comment