Wednesday, June 3, 2009

Adakah anda masih memboikot Israel produk?

Assalamualaikum...


Cerita perkara lain...Bukan pasal anak2 or craft...tengok title pun dah tahu kan..ummi saja tulis untuk bagi ingatan pada diri ummi dan readers yang lain...

Selepas peristiwa Israel melancarkan serangan terbaru ke atas umat Islam di Palestin banyak kempen2 malahan demo memboikot Israel dan juga produk Israel...Tapi kempen yang dilancarkan diseluruh negara hanya tertumpu pada 3 produk sahaja....namun ramai juga yang memboikot produk Israel yang lain terutamanya produk Nestle ..Maggi...KFC ...Mcd..

Waktu kempen baru dilancarkan..ramai yang berkobar2 ..terdengar suara2 marah di sana sini..kini selepas beberapa bulan ..apakah kesannya ke atas kempen maupun produk2 ini..

Ini hanya dari pengamatan dan pandangan peribadi ummi...
Pertama kempen boikot ke atas produk membawa kesan yang besar ke atas harga barangan yang di boikot...Tengok harga Milo..Maggi..apa lagi KFC dan Mcd...Kenapa sebelum boikot selaras dengan kenaikan harga minyak semua harga barang melambung2..tetapi bila dah kena boikot harga barang2 ni boleh diturunkan...sebenarnya pengeluar2 ni mungkin boleh menurunkan harga tapi saja mengambil kesempatan ke atas kita pengguna dengan menggunakan bermacam2 alasan..dah kena boikot baru nak turunkan harga..

Yang kedua adakah anda masih lagi memboikot....sedih jugak tengok orang Islam masih lagi ke Starbuck..ke Tesco...ke KFC...Mcd...tapi ummi faham...kita manusia ni pelupa...nafsu tu kadang 2 boleh overpowered kita..hatta kadang2 tu ummi pun sendiri terasa macam nak beli produk2 yang diboikot lagi2 bila harga dah turunkan....tapi haruslah kita ingat...selagi terdaya kita untuk memboikot...teruskanlah...inilah ingatan untuk ummi dan readers yang lain...

Hari ni ummi saja jalan2 ke blog international...ader antaranya secara terangan2 mempersendakan Islam dan juga menyokong tindakan Israel..

Jadi untuk readers sekelian teruskanlah memboikot produk Israel..kalau boleh jangan yang 3 tu jer...produk makanan lagi besar impaknya ke atas Israel..

Gambar ni ummi amik dari website nih..bolehlah pegi sini untuk lihat bukti kekejaman Israel

No comments:

Post a Comment