Wednesday, November 23, 2011
Kenapa Bertabir atau Berlangsir di Pintu Masuk Rumah??
Assalamualaikum,
Sebenarnya ummi dah lama nak buat posting tentang perkara di atas, tetapi Allah belum gerakkan sehinggalah ke saat ini. Dulu baru kahwin pasang langsir sebab suami suruh..tak tahu atas sebab apa..tapi lepas tu fikir bagus jugak pasang langsir kat pintu sebab orang luar tak boleh see through kita dalam rumah...maklumlah dlm rumah kan tak tutup aurat..
Orang tua-tua yang datang rumah pun cam rimas ngan langsir depan rumah..bila mereka datang siap langir tu disangkut kat pintu ...depa nak bagi angin masuk..ada yang kata rumah saya bertutup-tutup...depan rumah langsir...pintu belakang langsir..tingkap ada langsir tapi tak boleh selak luas-luas...tutup jugaklah kiranya..
Pindah rumah baru ada kawan baru datang rumah..terdengar mereka cakap..."aku rimas ada langsir depan pintu...aku tak bolehlah kalo mcm ni, rasa macam sesak..."
Takperlah mereka semua ini tak paham, moga posting ni sampai pd mereka suatu hari nanti..dan Allah bagi kefahaman pd mereka..
Saya bukanlah seorang alimah, sangat kurang ilmu agamanya..tapi ada seorang karkunah pernah beritahu saya kenapa perlu bertabir atau berlangsir didepan pintu..dan diturunkan bukan diselak atau dibuka luas-luas..
Yang pertama adalah untuk menjaga aurat orang yang berada dalam rumah, menjaga pandangan mata orang yang berada di luar rumah dan menjaga keberkatan agar tidak ditarik oleh pandangan orang yang tidak solat..Ini secara ringkas saja..tetapi blogger Ustaz al-alostari ada menerangkan tentang perkara ini..Ini linknya http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/04/melihat-ke-dalam-rumah.html.(Sori tak tahu kenapa takder plak icon utk copy url) so kena search manually pakai link add yg ummi bagi tu.
So mari kita memperkemaskan lagi bab menjaga aurat ya..ingatan untuk diri sendiri..Insya Allah..amin.
Note : Gambar ehsan dari google. Kalau ada ustaz ker ustazah yang nak tambah atau komen dipersilakan..mari kita berkongsi ilmu.
Resepi Kuih Bakar
Assalamualaikum,
Rasanya dah dekat seminggu tak mencuba resepi, so pagi tadi ummi cuba buat kuih bakar berempah..Resepi asal dari Joayee@myresepi.Credit goes to her and thanks for sharing this recipe..
Ummi suka kuih muih tradisional, lagi-lagi hat yg simple cam ni..
So ini resepinya kalau nak cuba yer:
Bahan-Bahan
• 1 cup gula
• 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
• 2 cup tepung gandum
• 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
• 2 tbs butter
• 3 biji telur
• 1/2 tsp garam
• colour hijau
• bijan
Cara-cara
1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing .
Note : Ummi tambahkan 1 sudu besar serbuk kayu manis dan ummi bakar pd suhu 200` celcius selama 15 min..Di atas ni adalah resepi asal dari joayee..apa-apa pun kuih bakar menjadi dan memang mabeles..
Monday, November 21, 2011
Separuh hatiku dibawa pergi...
Anakanda berdua ni sudah pulang ke kampung mengikutnya atuknya. Second time buat Umair dan first time buat Papa @Moustoffa..Terasa sunyi rumah tanpa mereka walaupun Ahmad dan Muaz ada bersama Ummi, tapi kebiasaannya Papa dan Umairlah punca Ummi mengeluarkan suara..
Terngiang-ngiang di telinga suara Papa, terbayang-bayang di mata wajah abang kesedihan ketika berangkat pulang ke kampung..Untuk 24 jam yang pertama, ummi tidak dapat mengawal emosi..setiap kali teringatkan Papa...setiap kali itulah bercucuran air mata..sampai terbawa-bawa dalam tidur..Manakan tidak..semua anak-anak ummi besarkan sendiri dengan tulang 4 kerat ni di depan mata..tidak pernah ditinggalkan berjauhan..
Tapi kata ayah biarlah mereka berdikari di sana tanpa ummi...tanpa ayah disisi..mungkin juga ini menjadi satu rentetan baru dalam sejarah hidup mereka..Tapi jangan dinafikan hati seorang ibu..Kasih sayang ummi sentiasa bersamamu anak..
Insya Allah kita jumpa minggu depan yer sayang..
Sunday, November 13, 2011
Apam Coklat Kukus
Pagi semalam sempat sediakan apam coklat nih untuk bekpes sefamily....cuma En. Ayah je kureng...sebab dia mmg tak suka benda manis2...so selalunya yg makan hanya ummi dan anak2...dia makan kalo dia betul2 lapar jer hehe..
Ummi dah lupa resepi ni dari sumber mana..anyway thanks pd yg share resepi apam sebelum..ni kali ke dua buat..dan yang ni pun ummi bancuh double...satu bancuhan tak cukup sebab maknya pun suka makan..
Sesiapa yang nak cuba ini resepinya..Resepi ini untuk satu bancuhan yer..Yang ummi buat 2...so double up semuanya lah..Tapi kena kurangkan gula...ummi lupa yg first time buat mmg reduce kan gula...kali ni polow betul2...ampunnnn manisnya...kena tambah koko sampai 6 sudu..nak balancekan rasa tu balik.. so manis bergantung pd individu yer..
Bahan:- (lebih kurang 16 biji)
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air
- 1 bj telur
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 atau 2 sudu besar serbuk koko
Cara-Cara:-
- Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
- Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Nak buka cerita lain plak yer...semalam pi Levain Boulangerie & Patisserie..Belakang opis dia jer..En. Ayah bawak...almaklumlah dia dah pi sana banyak kali asyik makan pree jer company belanja..so tis time bawak kami sekeluarga lak..
Pi sana siap-siap bawak kamera gedabak tu...kami ni kalo tak ya-ya...malas nak bawak camera tu maklumlah ada baby..sure kena gilir carry baby...so semalam kami bawak..sebabnya nak amik gambar kenangan makan sana..so esok lusa anak-anak tak ler jakun..
Sebelum makan...amik gambar dulu sanggup tu tunggu walaupun perut dah berkeroncong...yelah semua belum lunch lagi..hehe..ok dah makan..dah kenyang...spagethi creamy beef kalo tak silap mmg menjilat jari..ciskek peberet ummi..mcm beli kat king jer tapi rega RM9.00 satu slice!....boleh dikatakan makanan kat sana priceylah..tax lagi..Tapi En. Ayah makan twice pree...pastu ala buffet lagi..so makan pree mmg sedapkan...bila bayar baru rasa kekurengannya...anyway alhamdulillah dah pi and dah makan pun..
Balik rumah sempat view gambar2 tu semua then ada satu gambar moment Muaz cantik sangatttt..dah siap En. Ayah enter tu enter ni.. dia pun on photoshop cam biasa...konon nak crop sikit ...edit sikit letak watermark bagai...alih-alih...carik punya carik gambar takder dlm lappy...aduh rupanya dia tak save...dia view terus delete...hampanya ummi tak terkata..posing punyalah cantik depan kedai..yang tinggal hanya ini sebagai kenangan...huhuhu..
Gambar ehsan En. Ayah..nak pi lagi...emmm..kena pikior dulu..pastri cam so..so jer..caffe latte pun so..so..emmm...pi tempat lain kot..
Saturday, November 12, 2011
Majlis Ihtifal PASTI Al-Azhar, Bandar Country Homes
Semalam kami sekeluarga menghadiri Majlis Ihtifal (Konvokesyen) pelajar 6 tahun PASTI Al-Azhar. Kami keluar seawal pukul 8.30 pagi, sedikit terlewat kerana hari hujan dan juga kerana kenderaan perlu diletakkan di luar kawasan rumah, disebabkan ada majlis dikenduri kahwin di depan rumah kami. So exercise sikitlah pagi-pagi tu lagi pun bukannya jauh sangat. Tapi bila hari hujan, ummi hanya risaukan si kecil tu, maklumlah kan kecil lagi takut badan tak tahan kena hujan.
Okay sorry yer, kembali ke jalan yang benar hehe..ingatkan kami ler yang terakhir sampai...rupanya ada juga yang lambat pun keluarga yang ada bayi kecil..mungkin semua nak tunggu hujan reda sikit baru gerak, tapi memandangkan masa pun berjalan, so kena redah jugaklah hujan tu..
Majlis dimulakan agak lewat, mengikut kata pengusaha PASTI, kelewatan disebabkan oleh masalah terlupa ..mengikut kata emcee ada masalah teknikal..yang pasti kami nampak seorang ajk keluar dan kemudian kembali bersama dengan sebuah sound speaker...wallahualam..
Alhamdulillah rasanya nak dekat pukul 9 lebih baru majlis bermula..Aturcara majlis pun nampak macam kelam kabut walaupun katanya semua dah dirancang terlebih dahulu..tapi kita manusia kan...sebaik-baik perancangan adalah dari Allah..dugaan semua tu buat En. Nurhadi yang katanya baru saja take over management PASTI dalam tahun ini...alhamdulillah Muaz tidur tapi anak-anak kecil yang lain semuanya dah start making sounds..
Tahun depan akan diwujudkan Jemaah PIBG so ada parents yang tidak sabar nak join sebab mereka pun rasa masih banyak yang perlu diperbaiki..so ada 2 ways feedback..diharap segala yang baik itu dapat dimanfaatkan kepada anak-anak PASTI..
Okay dah panjang lebar komen ni, mari kita layan gambar pula sekitar konvo,..lebih sedap didengar Ihtifal lah..
Friday, November 11, 2011
Kisah Umair Bin AbiWaqas Menyembunyikan Dirinya
Hari ini Ummi nak kongsi cerita sahabat nabi yang bernama Umair Bin Abiwaqas disalin dari buku Himpunan Kitab-Kitab Fadhail. Nama anak sulung ummi, Umair diambil dari kisah sahabat nabi ini. Semoga Allah kurniakan sifat berani dan kecintaannya pada Islam kpd anak Ummi , Umair.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umair Bin Abiwaqas ialah seorang sahabat yang muda usianya telah memeluk Islam pada masa permulaan Islam lagi. Beliau adalah adik kepada Sa'ad Bin Abiwaqas (r.a.) iaitu seorang Jeneral Islam yang termasyur. Saad (r.a.) telah meriwayatkan :
"Pada masa kami bersedia untuk menuju ke medan pertempuran Badar, daku ternampak Umair (r.a.) telah cuba sedaya upayanya menyembunyikan dirinya."
Ini telah memeranjatkan daku. Daku telah bertanya kepada beliau, "Apakah yang telah berlaku ke atas dirimu wahai Umair (r.a.) dan apakah yang telah menyebabkan dikau bersembunyi seperti ini?" Umair (r.a.) telah menjawab; "Daku takut Baginda Rasullulah (s.a.w) mungkin tidak akan membenarkan daku mengambil bahagian di dalam pertempuran itu berdasarkan usia daku yang semuda ini walaupun daku cukup rindu untuk pergi dan mati syahid di jalan Allah S.W.T."
Keinginan Umair (r.a.) untuk menyertai angkatan perang itu begitu mendalam sekali. Walaubagaimana pun Rasullulah (s.a.w) berjaya mengesannya lalu baginda menegahnya dari menyertai barisan tentera itu. Kegagalannya untuk menyertai peperangan itu begitu menghampakan harapannya lantas beliau menangis. Apabila perihal keinginannya yang amat sangat serta kekeciwaannya itu disampaikan kepada Rasullulah (s.a.w), akhirnya baginda mengizinkannya. Umair (r.a.) berjuang bermati-matian di dalam pertempuran tersebut sehinggalah nyawanya terkorban.
Sa'ad (r.a) iaitu abangnya telah berkata:
"Pedang Umair (r.a.) terlalu besar untuknya, menyebabkan saya terpaksa mengikat beberapa simpulan di pinggangnya supaya ia tidak menyentuh bumi."
Insya Allah..
Tuesday, November 8, 2011
Roti - Resepi Mudah All in One
Semalam teringin nak buat roti so ummi google dan jumpa satu resepi mudah sgt dan bahan-bahannya pun simple yet delicious..Thanks to kak Fida@myresepi kerana sudi share resepi roti - doh asas yg mudah ni..Selain roti..boleh gunakan resepi ni untuk buat pizza dan roti berinti...but mine roti kosong jer..sebab nak cuba buat dulu takut tak jadik..alhamdulillah encik ayah puji ...anak-anak suka ...En. Ayah siap cakap esok ader rezeki leh beli oven digital..dia kata oven letak bawah hat yg kotak tu hehe...kalo sedara mara dtg leh buat roti homemade..insya allah...tapi ummi ni ader prob dgn confidence...buat utk diri sendiri ok...nak buat utk makan2 org ...tu yg takut..hehe cuba atasi yer ummi...
Ini resepi roti - doh asas
Bahan-bahan ( tergantung size doh yg dibentuk )
- 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
- 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
- 1 sk rata garam
- 2 sb susu tepung (opt)
- 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
- 1 biji telur
- 250 ml air
- 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)
Cara-cara
- Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
- Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
- Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
- Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
- Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
- Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
- Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.
Note : resepi dan bahan ummi copy terus dari kak fida cuma buang gambar...kalau nak tgk gambar step by step pergi link nih yer http://www.myresipi.com/top/detail/7207.
Owh letak situ all in one sebab semua campak jer dlm bowl tak payah letak one by one..kalo nampak mentega tu kat one spot jer...beat lagi sampai dia sekata..
Tips : ikut kata kak fida..lepas doh direhatkan tak payah punch doh tu..bulatkan dgn lemah lembut..kalau melekat letak tepung kat tapak tgn.. byk lagi tip2 lain kat ruangan komen so bolehlah jenguk2 sana. ummi ngan kak fida pun tak pakai bm (bread maker) cuma pakai mixer ngan dough beater..
Satu lagi tips ...kalo tgk citer AFC kalau tak silap chef Michael..dia pesan garam jgn ada direct contact ngan yis..sebab garam boleh matikan yis tu...so for this one ummi letak garam dulu...tepung..mentega..gula..yis..telur dan air..
Puas hati ^_^ sebab dpt makan roti homemade...dulu kat rumah lama cuba buat tak jadik...tapi this one alhamdulillah...next time boleh bagi jiran rasa plak yer..
Friday, November 4, 2011
Cupcake Unique & Creative From Batu Pahat Johor.
Firstly a big thanks to blog owner Kak Alice, granting me a permission to publish few of her creation in my blog. I am nobody to review her works but I am deeply in love with her art works. Since I'm a crafter, I would love to share this with my fellow crafters too.Really honored to have her pictures stored in my blog, to be cheered and remember forever. And very proud too because Kak Alice is from Sri Medan, BP, just next to my husband's hometown, Parit Raja Batu Pahat.
Most important, muslim around Batu Pahat or even Muar and if not mistaken from KL too, can find muslim baker whom are very talented like Kak Alice. Lets cheer these artwork.
Cupcake TUDM vs Teacher
Cupcake Hantaran. Perfect details.
Cupcake Hantaran.
You may contact kak Alice via email cp_blicious@yahoo.com or visit her CUPPACAKE B'LICIOUS or her fb album for more magnificent pictures..
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dari kami sekeluarga. Macam biasa semenjak kahwin kami sambut di rumah sendiri..Dan rutin En. Ayah yang nolong melapah pada hari itu...Tahun ni beraya di tempat baru melapah di masjid...biasanya Encik Ayah menolong disurau jer sebab dulu masjid jauh sikit so ikut kariah ler.. Dengar kata ada 10 ekor lembu untuk dikorbankan..Kalau ramai yang menolong cepatlah habis..kalau sedikit sampai 2-3 hari mcm kat tempat lama kami dulu.
Anak-anak dah sibuk cakap nak ikut ayahnya ke masjid..Insya Allah. Sekarang ni masjid dekat jer bolehlah naik motor bawak 3 orang sekali..maklumlah anak lelaki semua..Esok kalau Adzbin Muaz dah besar nak ngikut jugak...tak tahu nak sendal ikut lagu mana..ops mau abang2nya kena naik beskal...yang adik2 ayah bonceng motor..
Salam Aidil Adha...
Thursday, November 3, 2011
Kem Cuti Sekolah - Program Kerohanian Untuk Anak Perempuan
Kem ni bukan anjuran saya tapi saja nak panjangkan kepada readers, yelah kot-kot ada yang tak tahu ada kem seumpama ni..
Kem anjuran kak Azizah Abdulaziz @ Umma-Ali. Siapa yang berminat boleh contact kak zah atau pi ke blognya. Blog yang penuh dengan ilmu. Details berkenaan kem seperti tercatit dibawah yer :
Tarikh : 28 nov - 23 dis,
Hari : isnin - jumaat,
Masa : jam 8 pagi - asar.
Tempat : Kg Tehel, Melaka.
Breakfast, lunch n evening tea will be provided.
2 ustazah hafizah n alimah akan mengendalikan program.
Program tahfiz, tajwid, adab2 n sunnah...
Yuran sbyk RM180 per peserta, dibayar sebelum 28 nov...
Age 9-14...tapi boleh runding...
Hubungi saya atau suami sebaiknya sebelum cuti sekolah bermula.
Hehe ayat kat atas saya copy direct dari fb kak zah..kecuali no phone dan nama tempat..jgn marah yer kak zah..
Kak Zah kena create satu nama utk kem ni..sorry sekali lagi sebab memandai bagi nama..
Pengusaha Pub Menemui Hidayah
Ummi dapat email ni dari seorang sahabat, dan ummi kongsikan di blog... moga cerita di bawah ini menjadi pendorong pada kita untuk lebih mendekatkan diri pada Allah dan semoga kita sentiasa diberi taufik dan hidayah. Allah bagi hidayah kepada sesiapa yang dia inginkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Pedro di hadapan Masjid Kg Pandan, tempat dimana beliau melafazkan syahadah
buat pertama kalinya
seorang penganut agama Kristian. Sumber pendapatannya ialah melalui sebuah
restoran dan pub yang diusahakannya sekian lama.
Perniagaan PUBnya sungguh laris dan dipenuhi pelanggan setiap malam. Dia
seorang yang mudah mesra dan bijak melayan para pelanggannya. Setiap malam
dia akan minum arak bersama mereka. Berpuluh tahun lamanya, itulah cara
hidup yang diketahuinya. Ramai pelanggan menjadi sahabat karibnya, bukan
sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan golongan
ekspatriat yang ramai terdapat di sekitar Ampang yang terkenal dengan
kawasan pejabat Kedutaan. Perniagaannya berkembang maju dan hidupnya mewah
hasil dari penjualan arak.
Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1432, hidupnya berubah secara drastik.
Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk memulakan cerita…secara tiba-tiba
berbagai persoalan tentang Tuhan dan kehidupan masuk ke dalam fikirannya.
Persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Hidupnya menjadi tidak
keruan, jiwanya kacau, benaknya diasak persoalan.
Tiba-tiba bagai ada satu kuasa menyuruhnya untuk menulis bait-bait puisi
yang ada di dalam kepalanya. Dia tidak faham apa yang ditulisnya lalu Pedro
merujuk kepada seorang sahabatnya seorang penulis. Menurut sahabatnya apa
yang digambarkan di dalam puisinya itu berbicara tentang Allah yang satu.
Pedro menjadi bertambah bingung.
Suatu malam dia tersentak dari tidurnya dan serta-merta mulutnya menyebut
“Allahuakbar”….. ungkapan yang tidak pernah disebutnya selama ini. Pedro
tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Bagaikan ada suatu desakan di
dalam nalurinya untuk segera beriman kepada Allah.
Keesokannya hari Sabtu dia memohon bantuan seorang rakan untuk membawanya
ke PERKIM. 2 jam menunggu rakan itu tidak kunjung tiba. Pedro terus memandu
ke PERKIM sendirian. Tiba di PERKIM, Pengawal Keselamatan di situ enggan
membenarkan dia masuk dengan alasan pejabat tutup, meskipun terdapat
beberapa orang ustaz yang sedang mengajar kelas agama di tingkat atas.
Pedro terus memandu dan tidak tahu ke mana arah untuk dituju dan kepada
siapa untuk mengadu. Dia tidak lagi dapat menanggung desakan di dalam
jiwanya yang tidak akan tenteram selagi dia tidak menemukan jawapannya hari
itu juga. Lalu dia terpandang sebuah masjid berhampiran dan mengambil
keputusan untuk berhenti dan masuk memohon bantuan. Dia terserempak dengan
beberapa orang jemaah yang baru habis menunaikan solat dan meminta mereka
membawanya bertemu dengan orang yang dapat membantunya. Mereka seakan tidak
acuh dengan permintaannya dan menyuruh dia masuk ke dalam mencari sendiri.
Akhirnya beberapa orang pengikut tabligh yang berada di dalam masjid
menawarkan diri untuk membawa dia ke rumah Imam yang terletak di belakang
masjid.
Malangnya Imam sudah keluar. Lalu mereka mengambil keputusan untuk memohon
bantuan pembantu Imam. Sampai di rumahnya, isteri pembantu imam tidak
membenarkan mereka mengganggu suaminya yang sedang tidur. Walaupun dipujuk
berkali-kali dia tetap enggan mengejutkan Imam. Dengan kuasa Allah tiba-tba
Imam pun tiba dengan motorsikalnya di rumah bersebelahan. Lalu mereka
menemui beliau dan memohon bantuannya. Hari itu juga Pedro memeluk islam
dan memilih “Abdul Aziz” sebagai nama baru.
Tidak mampu membendung perasaan ketika menceritakan bagaimana hidayah Allah
datang kepadanya.
Meskipun berbagai rintangan yang dihadapi dengan kerenah beberapa orang
yang enggan membantunya, Pedro sedikit pun tidak berasa hati malah
menganggap itu semua sebagai dugaan dari Yang Maha Kuasa untuk menguji
samada dia benar-benar yakin dengan keputusannya untuk beriman kepada Allah
Yang Satu.
Namun dugaannya tidak terhenti di situ sahaja malah menjadi tambah hebat
lagi. Penghijrahan Pedro telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan
anak-anaknya. Isterinya yang juga merupakan rakan kongsi mengambil
keputusan untuk pulang ke Ipoh. Kesemua pekerjanya juga bertindak berhenti
kerja termasuk mereka yang beragama islam. Ada yang berkata “This business
will not survive if you stop selling drinks (Beer), you will be a bankrupt!
Mark my Word!”. Para pelanggan juga menjauhkan diri. Malah ada yang marah
dan menganggapnya gila kerana menutup pub.
Fauzi, Pengurus Restoran milik Pedro yang telah bekerja dengannya lebih
dari 15 tahun. Perubahan Pedro telah mendorong kakitangannya untuk turut
berubah menjadi insan yang lebih baik.
4 hari selepas berakhirnya Ramadhan, Pedro membuka restorannya semula dan
menukar ia dari sebuah pub kepada sebuah Restoran Portugis Islam.
Pekerjanya yang beragama Islam juga kembali bekerja malah telah menjadikan
Pedro sebagai inspirasi dan contoh untuk mereka bertaubat dan mendekati
Allah. Mereka mula berusaha untuk tidak meninggalkan solat.
Isterinya masih lagi seorang Kristian…seperti kata Pedro; “berikan dia
masa…hidayah itu harus datang dari dalam dirinya dan bukan dipaksa”.
Anak-anaknya secara perlahan-lahan sudah mula dapat menerima Pedro sebagai
seorang Islam.
Pedro harus bangkit semula membina hidupnya di hujung usia setelah
kehilangan semua pelanggannya. Jika dahulu dia boleh memperolehi pendapatan
sehingga 5 ribu ringgit sehari, sekarang 500 ringgit pun agak payah. Namun
keyakinannya terhadap agama yang dipilihnya menjadikan dia lebih tabah dan
pasti bahawa hidupnya kini lebih baik dari hari-hari semalam.
Inilah kisah beliau. Kisah sebuah penghijrahan dari kejahilan ke jalan
Allah SWT dan bagaimana ia merubah 360darjah hidupnya.
Ketika saya meminta untuk menulis kisah beliau, Pedro sangat keberatan.
Beliau tidak mahu menggunakan Islam sebagai landasan untuk menarik
pelanggan ke restorannya. Tetapi setelah dipujuk dan saya menyatakan niat
saya supaya ceritanya ini untuk tujuan berdakwah dan sebagai inspirasi
kepada orang lain barulah beliau bersetuju.
Dr. SAM, salah seorang sahabat Pedro sejak zaman sebelum dia memeluk islam
lagi.
*Jika anda berada di sekitar Ampang saya sarankan untuk menyokong saudara
baru kita ini dengan mengunjungi Restoran beliau Alamat: Restoran Pedro
Portugis Muslim, C-G, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang,
Selangor. Restoran ini juga menyediakan hidangan buffet setiap Sabtu dari
7pm -10pm. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Amin.
**Kisah Pedro ini akan dijadikan sebuah dokumentari untuk tayangan sempena
Maal Hijrah (27 November 2011) di TVAlhijrah (ASTRO114). Untuk maklumat
lanjut sila ke link berikut
http://www.facebook.com/pages/4-Hidayah-4-Hijrah/205165492889000
By: ERA RAMLY